ReOrgaNizIng & ReConsTruction

dear readers..

sorry for inconvenience.. eceh.. ckap omputih plak... berhabuk, bersawang, berdebu... itulaaah.. perkataan yang sesuai untuk blog aku ni.. process pengubahsuaaian sedang berjalan... masih terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan.. kepuasan kepada pembaca sekalian...

haraf maaf.. kerana menanti terlalu lama... (cakap macam blog aku ni selalu orang datang visit jerk)..huhuhuh.. anyway!! nantikan debaran nyer,,, Transformasi telah bermula... ni cam ayat AF jerk.. aaaahh!!! tak kesah la... huhuh

Earth Hour

petikan dari : http://www.utusan.com.my

aku baru jerk baca berita ni kat utusan online.. aku memang tertarik dengan kempen ni... memandangkan aku sekarang ni.. kearah memelihara alam sekitar jadi tak salah kalo aku post sedikit mengenai kempen ni.... sebelum nie.. aku ade post pasal mcm mana nak menjaga alam sekitar di campus.. kali ni.. aku post plak pasal kempen "Earth Hour" ni..

Apa itu Earth Hour?
Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tindak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.

Acara ini diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.

Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)



marilah kita sama2 menyertai program ini.. korbankan lah satu jam anda pada malam 28 Mac 2009 dengan memadam semua lampu.. dengan 60 minit itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit pemanasan global ketika ini... keperihatinan anda adalah demi masa depan generasi akan datang..

untuk keterangan lanjut sila ke Malaysia-Earth Hour atau klik banner kempen disebelah kanan anda....

Hot Wheels : Proton MPV

huhuh... terus terang.. aku mmg teruja sebnarnyer nak tengok kenderaan pelbagai guna (MPV) Malaysia ni.. sbb.. dari tahun lepas lagi.. ramai yang sibuk sembang pasal kereta MPV Malaysia ni.. tak kurang juga spekulasi2 dari sesetengah pihak... so, entry kali ni.. aku nak cerita pasal kereta plak... walaupun aku ni bukan la arif maner pasal kereta.. tapi, sebagai seorang individu yang mempunyai lesen kelas D yang akan tamat tempoh pada April 2010, aku tetap akan becerita pasal kereta... jika ada tersalah fakta.. silalah tegur... huhuh

sbnanyer, aku ttiba boleh jadik excited..disebabkan housemate aku (En, farid.. eh ni raser mcm aku pggl lecturer comm jerk.. pembetulan.. abg farid) bagitau kat aku yang proton MPV dah kuar kat paper... dan ayat seterus nyer yang dier lemparkan... "boleh tahan la........", disebabkn kata2 itulah.. aku pun beriya nak tengok sgt2...

aku pun terus men"google" kan diri.. utk mencarik proton MPV yang bakal menjadi kebanggaan Malaysia tu... dan inilah...




menurut sumber2 yang diperolehi.. setakat ni... Proton MPV didatangkan dengan 2 warna... iaitu.. warna putih dan warna dark-brown.. dan aku lebih berkenan warna dark-brown... dan aku jangka.. yang warna dark-brown ni.. akan menjadi pilihan ramai pembeli.. lihat gambar kat atas ni.. cantik kan...

okay.. memandangkan.. aku tak baper arif mengenai specs kereta ni.. jadi, aku paste jer dari sumber yang aku perolehi...

- 5-spoke alloy wheels
- Bee-sting antenna at the front just after the windscreen.
- Signal indicator on side mirrors
- Reflector headlamps
- Foglamps on the front bumper


ini pulak.. interior design untuk proton MPV ni.. oops.. tombol gear tak pasang lagi.. heheh.. so far.. okay la.. standard design.. simple dan menarik..



part yang paling penting.. stereng.. huhu.. cool design.. stereng wheel audio controls dengan system airbag, dilengkapi dengan call button for handsfree.. bagus ni.. mengelakkan kemalangan.. huhu.. memang best la... I like it...

speed indicator atau lebih mesra dipanggil meter.. kombinasi analog dan digital... ni kalo tak silap.. mcm kereta proton saga BLM nyer design.. sbb aku baru jerk tgk kat kereta member aku,, dier baru beli wooo...

proton MPV ni masih lagi tidak mempunyai nama.. dan dijangka dilancarkan pada bulan april.. so, tungguuu... saper yang dah bekeluarga, dan mempunyai anak ramai... bleh la beli kereta ni.. kereta ni stylo aper...

sumber : http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/

untuk melihat lebih byk gambar dan infomasi sila klik disini

p/s : syg.. kiter plan nak anak 5 kan,. bleh la beli kereta ni... syg suker tak?? hehehe....

BeEN TaGgED aNd aWaRdEd

1. copy badge "2008 cute's blogger Award" untuk diletakkan di blog anda...

huhuh... thanx for the award.. tapi apsal award ni gambar pompuan... kuikuik.. saya lelaki la cik naem..

2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

award ni miss naem yang bagi... tak sangka plak blog saya ni cute ek.. eh!! silap baca plak.. cute's blogger award eh... maknenyer tuan punyer blog la cute eh... heheheh.. saya memang cute pun.. okay.. miss name nih.. adalah sedara saya,,, untuk lebih tepat.. bapa saya dan miss naem nih. adalah sepupu.. dan saya adalah anak sedara beliau.. huhuh.. saya lebih mengenali beliau dengan gelaran "maksu"... hehehe...

fakta pelik:
walaupun saya dngan miss naem.. adalah sedara.. tapi kami blum pernah lagi berbual.. kn..kn mungkin saya ni pemalu orang nyer....

3. setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri

i. saya seorang yang serius, pemalu, dan juga romatik (hanya untuk miss azuddin jerk)...
ii. saya lebih suka masak sendiri dari beli di kedai (ahaks... masak sbb nak jimat jerk)
iii. lauk kegemaran saya ialah masak lemak cili api.. lagi podeh lagi sodap...
iv. makanan laut kegemaran saya ialah.. sotong.. hehehe
v. luper plak.. fakta penting.,, saya suker makan...
vi. dimasa lapang saya byk menghabiskan masa dengan menonton dvd serta melayari internet
vii. i'm not listed as a single... hehehe
viii. saya belum pandai berenang di pantai... tapi saya pakar berenang di atas tilam.. heheh
ix. saya cintakan kehijauan tumbuh tumbuhan... mari sama2 kiter menjaga bumi kita...
x. saya adalah peminat setia pasukan bola sepak liverpool dan kedah...

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

ini memang sukar... raser mcm tak cukup 5 jerk
1, cik diha
2, azrena

video-entry

Borak-Borak


Time Frame

Kuala Lumpur

featured-content