FiNal ExAmInaTioNs + OpeN HoUsE
pejam celik..pejam celik... dah nak final dah... kejap jer raser... Semester ni.. paper untk final tak banyak... ada 3 jerk.. dan sumer paper tu bukan killer subjek... walaupun bukan killer subjek.. inilah masanya untk aku. naikan CGPA aku yg turun untuk 2 semester berturut2... target sem ni mmg tggi.. sumer subjek elektif yang aku amek.. aku target A... yang lain B+ atau A- jerk.. Insya-ALLAH... jadual exam semester ni mmg syok abis.. mmg bg peluang aku nak score...
MGT456 (Business Managment & organizatio) 1/11/08
ECM624 (mobile communication) 13/11/08
ECM622 (satellite commnucation engineering) 16/11/08
Ayuh!!! teruskan usaha mu!!!
dalam sibuk2 aku prepare utk final ni... open house makin byk plak ujung raya nie... sebagai seorang student yang kais pagi makan tengah hari, kais petang makan malam... peluang ke rumah terbuka memang tak dapat dilepaskan... sumer kener pergi... haha... makan free.. mari kita lihat kronologi rumah terbuka yang aku telah pergi...
Rumah terbuka
Rumah terbuka MBSA - taman tasik shah alam
Rumah terbuka En Razak - Section U12
Rumah terbuka Ani sup Utara - Section 9
Rumah terbuka MAIS -
Rumah terbuka Linda (classmate) - Kem TUDM, subang
Rumah terbuka Surau Ar-Rahmah - Section 8
Rumah terbuka Pn Norasimah (lecturer satellite) - Section 7
Rumah terbuka Bel, Nor,Lia, Normah, Sunaili - Section 7
Burp!! terima kasih semua.. kerana megihidangkan juadah yang best2..
Mobile Number Portability (MNP) @ Nombor Mudah Alih
Mobile Number Portability (MNP) atau Nombor mudah alih adalah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna bertukar penyedia perkhidmatan telefon mudah alih (service provider) kepada penyedia perkhidmatan yang lain dengan mengekalkan nombor sedia ada. Ini bermaksud pengguna boleh menggunakan nombor telefon yang sama tetapi menggunakan penyedia perkhidmatan yang lain.
Contoh : jika nombor telefon bimbit anda adalah 012-3456789 adalah rangkaian maxis sebelum ini, tetapi dengan perkidmatan nombor mudah alih (MNP), 012-3456789 boleh bertukar kepada celcom tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap nombor tersebut. Begitu juga sebaliknya
Ini bermakna pangkal 012 bukan hanya rangkaian maxis, tetapi juga celcom,digi dan lain-lain. Begitu juga dengan rangkaian-rangkaian yang lain. Berbanding sebelum ini jika pengguna yang ingin bertukar kepada rangkaian yang lain, pengguna perlu menukar nombor telefon yang baru. Lebih merumitkan, pengguna terpaksa memindah segala data (nombor telefon kenalan) dari kad SIM lama ke kad SIM yang baru. Lazimnya, pengguna yang bertukar ke rangkaian yang baru akan memberitahu kepada kenalan yang lain melalui SMS kebiasaannya ataupun panggilan. Ini akan memberikan kos yang lebih kepada pengguna.
Dengan perkhidmatan MNP, tiada lagi proses memindah data ataupun extra kredit untuk pemberitahuan nombor baru. MNP juga memberikan kelebihan kepada pengguna yang mempunyai kenalan yang ramai dan pengguna yang menjalankan aktiviti perniagaan kerana pengguna boleh memilih rangkaian berdasarkan majority rangkaian yang digunakan oleh pelanggan mereka.
Melalui MNP juga, penyedia-penyedian perkhidmatan telefon mudah alih akan cuba bersaing untuk menarik pelanggan dari rangkaian yang lain dan dalam masa yang sama mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Secara rasionalnya, penyedia perkhidmatan akan menambah baik perkhidmatan masing-masing dari sudut liputan dan kadar bayaran. Dengan adanya persaingan yang sihat dikalangan syarikat telekomunikasi, ia akan mendatangkan faedah kepada pelanggan dengan menikmati perkhidmatan yang terbaik dengan kadar yang lebih rendah.
Kelemahan system ini dari sudut pandangan saya, ia mungkin menyukarkan pengguna untuk mengenal pasti rangkaian yang digunakan. Ini kerana nombor telefon bimbit bukan lagi menjadi identiti kepada penyedia perkhidmatan dan pelanggan akan mula bertanya “ni nombor celcom ker,maxis ker atau digi” stiap kali bertukar dengan kenalan masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) – corporate communication Department di talian 03-8688 8000 atau melalui email : ccd@cmc.gov.my atau boleh melayari laman web (SKMM) www.skmm.gov.my untuk maklumat lanjut