English Class + Independence day's Sketch
Okay entry kali aku tujukan khas buat lecturer English aku kat KPTM kuantan terutama sekali kepada Pn As dan Miss Anis.. we’re so enjoy learnt with you guys… kelas English yang paling kitorg enjoy waktu aku semester 3, kalo tak silap kod subjek nye BEL250-Mainstreme English II dan lecturer nyer adalah Miss Anis… huhuh… Ekceli, entry kali aku tulis memandangkan miss anis telah pn berkunjung ke blog ni.. Anyway… thanks for step in’ to my blog…
Okay… seingat aku, kelas English time tu lain dari yang lain… semua aktiviti memang enjoy habis… start tengok movie… smpi la ke belakon. Hmmm.. movie yang kitorg tgk waktu tu kalau tak silap Finding Nemo.. walaupun aku dah tgk movie tu byk kali.. tapi menonton bersama kawan-kawan adalah yang paling best… kalo part lawak confirm gelak kaw..kaw..tapi tgk sorg2.. takder la lawak maner pn...aku raser time tu la saat paling enjoy aku menonton movie kartun yang dah aku tgk sebanyak 3 kali sebelum tu… heheh.. thanks Miss.. for the valuable moment…
Antara aktiviti lain yang ada kat kelas English time tu..ialah presentation English song ‘s lyrics… ni time ni sumer kener nyanyi ramai2… urrmm.. biler pikir balik.. patut la seronok jerk.. macam time kat sekolah rendah jerk.. ada nyanyi2…tgk movie.. hahaha
Independence sketch adalah aktiviti yang aku raser aktiviti yang paling kitorg enjoy sekali… kitorg pn tak tau naper.. mungkin sebab aktiviti ni.. penuh dengan semangat kerjasama semua student kat kelas tu.. huhuh… dan yang paling penting… sketch ni jugak telah mengeratkan silaturahim antara semua pelajar sampi la sekarang… Tajuk sketch kitorang ialah…
MAHARAJALELA… memandang sketch tu bertemakan kemerdekaan.. dan Miss Anis waktu tu suh kitorg create satu jalan cerita yang lain dari lain… waktu tu mmg susah sket la nak buat jalan cerita.. sbb kitorg bukanlah Yusof haslam mahupun Prof. Madya A. Razak Moheidin… tapi dengan kerjasama semua kawan2.. terhasilah MAHARAJALELA….
Mari kita lihat synopsis cerita nie…
Maharajalela adalah seorang insan biasa yang dilahirkan dizaman dimana Malaysia pada ketika itu berada di fasa permodenan. Namun, apa yang dialami Maharajalela tidaklah sehebat kemajuan Malaysia, kerana sejak dari kecil Maharajalela gemar bersendirian disebabkan nama beliau yang agak pelik dan tidak sesuai untuk zaman moden kononnya. Dia sering berbisik didalam hatinya..kenapa mama dan ayah memberi nama seperti itu.. kenapa tidak namanya Kamarul Zaman, Luqman, ismarul ataupn kenapa namanya tidak sehebat Azuddin..kenapa??…kenapa??. sejak dari kecil, Maharajalela sering dibuli oleh rakan2 nya.. kerana sikap Maharajalela yang pendiam dan lurus.. bak kater omputih nyer budak “nerd” la kan…tetapi ada juga rakan2 lain yang bersimpati dengannya. Perkara ini terus berlarutan sehinggalah maharajalela meningkat dewasa… ketika maharajalela di kolej, sekali lagi nama maharajalela ditertawakan.. tapi kali ini maharajalela tidak dapat lagi menaharn perasaannya sehinggakan meharajalela mengalamu “nervous breakdaown”. Tatkala dirundum masalah, muncul 2 wanita menyuluh cahaya ketika maharajalela berada di dalam kegelapan… 2 wanita tersebut merupakan rakan sekelasnya di kolej. Kemudian mereka menceritakan apa makna disebalik nama maharajalela itu sendiri. Maharajalela merupakan pahlawan melayu yang memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu dari tangan penjajah. Setelah rakan2 maharajalela menceritakan peristiwa bersejarah tersebut.. barulah maharajalela sedar, yang namanya adalah seorang pahlawan dan bukanlah nama yang pelik untuk diejek.
Lebih kurang la synopsis sketch yang kitorg reka… okay utk pengetahuan korg sumer.. watak yang aku pegang dalam sketch tu ialah pembuli…hahahah!!!! Aku ganas!! Heheh.. tapi kalo ikutkan tak kene sbnanyer watak tu kat aku… sbb muka aku muka baik beb!!... mari kita lihat sedutan dari sketch ini…
JuaDah RAmAdHan!!!
hmmm... berhubung dengan tajuk di atas.. sudah pasti... aku akan cerita pasal makan... bulan puasa ni... memang seronok cerita pasal makan... especially dekat2 nak buka ni kan... kalo nak ikut kan nafsu.. semua kiter nak makan... kalo korang perasan la kan... juadah yang paling famous sekali dibeli kat bazaar ramadhan.. ialah murtabak ngan ayam percik... sbb... asal aku tanyer jer member2 aku.. buka apa ari ni... confirm "murtabak" tak pn "ayam percik"... dan yang paling best nyer... kiter akan dapat lihat pelbagai jenis kuih yang berwarna-warni.. dari karipap hinggalah ke pau goreng.. semua tu membangkit kan nafsu untuk kita beli...
dalam keadaan barang naik ni... kitorg mengambil pendekatan dengan memasak sendiri juadah berbuka puasa.. dimana dengan kaedah ini.. kami dapat menjimatkn duit dengan lebih efisyen...hmmm.. saper kater kami lelaki tak pandai masak.. mari kita lihat... juadah2 yang telah kami masak....
hari ketiga puasa



hari kelima puasa


hari keEnam Puasa
memandangkan chef yang bertugas hari ni ada Test Control Systems... akibat kekecewaan melampau.. beliau telah menamakn masakan beliau sempena.. soklan yang dier tak dapat jawab abis...


My NeW LaPpY
hmmm... dah lama aku nak buat entry pasal laptop baru aku nie... tapi masih takder masa untuk aku post kan kat blog...sehinggalah malam ke-tujuh ramadhan ni... baru la aku berpeluang... hehehe... okay... untuk pengetahuan korg sumer.. aku takder niat pn nak beli laptop nie... dan tak pernah nak terpikir pn nak pakai laptop... sbb aku lebih selesa menggunakan desktop... sbb desktop lebih tahan lasak dan tak berapa sensitif macam laptop... yang paling penting keyboard laptop mmg tak braper best compare ngan keyboard yang aku guner sekarang untuk desktop yang lebih besar... bukan apa.. kalo korang nak tahu... setelah 2 minggu 5 hari aku pakai laptop nie.. kekerapan aku melakukan kesalahan semasa menaip memang ditahap cipan... dan yang paling kerap berlaku 'typing error' time aku YM... kat sini aku dah list kan kesalahan yang setakat ini melebihi 8 kali aku buat pada setiap kali sessi menaip...
- nak tekan button A, tertekan Button caps lock
- nak tekan spacebar,ter'minimize' window... sbb jari aku terkena touchpad...
- nak tekan button 1, tertekan button Tab
- nak tekan button shift, tapi tertekan button enter..
- ni lagi best...nak left click tapi ter'right click' time guner touchpad...
hehehe.... pada mula nyer.. memang kelaka time aku tulis surat ni... housemate aku da raser pelik apsal aku kener tulis surat kat mak aku...untuk beli laptop.. aku senyum jerk... biler dah siap jerk surat nie.. terus aku pos ke mak aku... dalam 2 hari mcm tu smpi kat umah... agak2 apa 1st respons family aku time dapat surat aku ni?.... dorg gelak guling2 beb... sbb aku buat benda2 pelik... then ayah aku call aku...heheh.. ayah aku gelak then ayah aku pn bleh ckp.."setelah ahli2 lemabaga pengarah bermesyuarat..ahli2 lembaga pengarah berkenan.. meluluskan permohon dengan syarat.. dimana syarat nyer akan diberitahu kemudian..." then ayah aku smabung gelak lagi.... aku pn join gelak jugak... hahahaha...
hmm.. biler aku balik cuti mid term ari tu... terus aku g beli laptop kat low yat.. beli ngan mak aku beb!! aku ajak mak aku g low yat tu... setelah 2 jam lebih menilau mencarik laptop yang besesuain degn peruntukan yang diberikan... akhirnya... mempersembahkn...
COMPAQ PRESARIO C795
mari kiter lihat specs laptop ni....
Processor type
Intel® Pentium® Dual Core Processor T2390
• 1.86 GHz, Level 2 cache 1 MB, 533 MHz Bus speed
HDD 160 GB SATA
Web CAM
Standard memory 1 GB
Memory type: DDR2 667 MHz
Memory layout: (512 x 512 MB)
Maximum memory: Up to 4 GB DDR2 memory
Memory card device
5-in-1 integrated Digital Media Reader for xD, Secure Digital cards, MultiMedia cards,
Memory Stick, Memory Stick Pro
Modem High speed 56K modem
Network interface Integrated 10/100 LAN
Wireless technologies 802.11 a/b/g WLAN
Wireless capability
External I/O ports
1 VGA, 3 USB 2.0 ports, 1 IEEE-1394, 1 RJ-11, 1 RJ -45, S-video out, 1 Headphone,
1 microphone-jack, 1 Expansion port for xb3000 expansion base, AC Adapter, Kensington
lock, 2 Omni-directional microphones
Video capture interface IEEE 1394 Interface
Expansion slots
(1) ExpressCard Slot/54 Slot (supports both 34 and 54 form factors) Display size
15.4" WXGA High Definition BrightView Widescreen Display
Display resolution 1280 x 800
Video adapter Intel® Graphics Media Accelerator 950
Video RAM up to 224MB Total Available Graphics Memory for more than or equal to 1024MB
system RAM
Speakers and microphone Altec Lansing® speakers, Dual omni-directional microphones
Pointing device
Touch Pad with scrollzone
Power supply type 65 W AC Adapter
hmmm.. dari segi spesifikasi memang aku puas hati dengan bajet yang telah diperuntukan... so, sekarang ni masih lagi berada dalam tempoh performance-test... nanti aku akan post kan lagi untuk result bagi performance test ni...
KeleBihan Solat TaRawikH...
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Ahlan Wahsahlan Ya-Ramadhan!!!
Bersyukur kepada ALLAH S.W.T.. dengan berkat dan nikmatNya.. sekali lagi kita ditemukan dengan bulan Ramadhan.. bulan yang selalu dinantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia... seperti mana yang kita tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan ganjaran yang tiada pada bulan lain, melainkan Bulan Ramadhan...
Oleh itu marilah kita bersama2 berusaha menjadikan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya... Ambillah peluang yang ada ini, tambahkan lah amalan, jadikan lah Ramadhan kali ini, Ramadhan yang memberi seribu erti.. InsyaAllah
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
mohazu











